JOHOR BAHRU: Pusat pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi di sini, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ditutup pada 5 petang ini.
Terdahulu sebuah lagi pusat pengundian awal iaitu di Balai Polis Kempas di Kempas di sini, ditutup pukul 12 tengah hari tadi.
Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak tiga saluran disediakan di dua pusat pengundian berkenaan melibatkan 46 pemilih di Balai Polis Kempas, manakala 881 orang mengundi mengundi di Markas PPM Wilayah Dua.
PRK Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula pada 26 Ogos lepas, berakhir pada 11.59 malam, 8 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Berdasarkan data SPR, sebanyak tiga saluran disediakan di dua pusat pengundian berkenaan melibatkan 46 pemilih di Balai Polis Kempas, manakala 881 orang mengundi mengundi di Markas PPM Wilayah Dua. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Garis panduan penapisan filem baharu diperkenal
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan pada Isnin bagi memastikan penggiat seni menghasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif melibatkan masyarakat negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
PRK KKB: PH kekal di KKB, rakyat tolak politik perkauman - Nazri
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.